Sesi Kaunseling
Menyediakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk kesejahteraan individu dan organisasi
Sistem ePsikoterapi merupakan sistem yang dibangunkan untuk Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri bagi memudahkan proses temujanji sesi kaunseling antara klien dengan Pegawai Psikologi dan Ahli AKRAB di kalangan warga Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi dibawahnya
Menyediakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk kesejahteraan individu dan organisasi
Memberi kesedaran akan Kepentingan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian
Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan Kaunselor Organisasi ke tahap optimum dan berterusan
Menyediakan pendidikan kesejahteraan emosi dan fizikal kepada warga JWP
Mengendalikan Empat (4) aplikasi utama berkaitan psikolog iaitu: Aplikasi Penilaian Personel, Aplikasi Pembangunan, Aplikasi Penyelidikan dan Aplikasi Intervensi
Mengendalikan sesi kaunseling dan bimbingan kepada pegawai yang dirujuk dan sukarela
Mengendalikan Ujian Psikometrik berdasarkan keperluan semasa
Menguruskan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah
Menyampaikan input psikologikal dan kaunseling kepada seluruh kementerian, jabatan, bahagian dan unit.
Merangka dan menguruskan program pembangunan personnel bagi pegawai di Jabatan/ Agensi
Menyelaras Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Jabatan/Agensi
Tentang Kami
Pasukan Kami
Penolong Pengarah (Psikologi)
Penolong Pegawai Psikologi
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Sesi Kaunseling
Ujian Psikometrik
Ujian Saringan Penilaian Kendiri merupakan saringan atau alat ukuran yang digunakan untuk mengukur dimensi berkaitan minda atau jiwa seperti sensitiviti, kecerdasan, aptitud dan personaliti yang bertujuan membantu individu mengenali diri sendiri dan orang sekeliling.
UPPsi menyediakan beberapa borang ujian psikometrik untuk penilaian kendiri dan semua dipelawa untuk melengkapkan mana-mana borang ujian psikometrik yang boleh dijawab pada bila-bila masa.
Saringan kesihatan mental untuk melihat tahap keresahan, kebimbangan dan tekanan individu. Klik di sini.
Alat ukuran minat kerjaya yang digunakan untuk melihat keselarasan antara personaliti dan pemilihan kerjaya yang dibuat berdasarkan enam (6) jenis personaliti. Klik di sini.
Soal Selidik Kesihatan Pelanggan (PHQ-9) terdiri daripada soalan 9 instrumen untuk membuat saringan tanda-tanda atau simtom dan tahap keterukan kemurungan. Klik di sini.